Sunday, March 19, 2006

Pada cuti sekolah, kita semua sibuk dan ada 'schedule' yang berlainan. Kita tidak dapat berbincang. Saya telah membuat slide tetapi belum habis. Masih banyak yang harus dibincang dan kita masih tidak tahu macam mana hendak membentang presentasi kami.

Sunday, February 12, 2006

Renungan 4 :

Kami pun telah mula membuat penyelidikan tetapi belum habis mencari semua matlumat tentang rawatan bidan. Memang susah untuk mencarinya. Saya akan mengambil catatan dari Faathimah esok supaya supaya saya boleh mendapat maklumat dengan lebih cepat. Pada minggu ini kita juga belajar untuk memperbaiki surat kiriman dan menulis surat kiriman secara individu. Topiknya adalah untuk meminta izin meminjam barang dari muzium untuk projek budaya.


Tuesday, January 31, 2006

Renungan 1:

Kumpulan saya telah memilih topik kelahiran. Sebenarnya saya tidak tahu banyak tentang apa yang harus dilakukan selepas seseorang itu melahirkan. Saya tidak pernah membuat projek atau melungsuri internet untuk mendapatkan informasi tentang kelahiran. Perkara-perkara yang harus dilakukan adalah seperti akikah, cukur rambut dan sebagainya. Ada juga perkara yang harus dilakukan tetapi malangnya saya tidak tahu.Kumpulan kami juga telah mendapat banyak lelaman yang menyentuh tentang topik ini. Apa yang akan saya pelajari dengan melaksanakan projek ini tentu akan membantu saya apabila saya dewasa kelak.